30 May 2016

Tinta Pengarah


24 Feb 2016

Mendengar taklimat Jalinan Masyarakat yang disampaikan oleh Dr Mohammad, pensyarah di Jabatan Dakwah.
Banyak penerangan yang disampaikan mengenai subjek ini.

Didalam otak, dah berligat dah nak buat program dimana, bentuk macammana.

1 Mac 2016

Fuh… penat di Kembara Inspirasi tak habis lagi. Tiba-tiba kena lantik jadi Pengarah Jalinan Masyarakat! Sebenarnya da malas da nak jadi pengarah ke setiausaha ke, semua tu da rasa da sebelum ni. Nak bagi peluang kepada adik-adik ni, tapi mereka pula yang menolak eden. Hmmm, nasib badanlah… xdapat nak menolong.
So, hari ini, kami meeting sat, bincang tentang perlaantikaan ahli jawatankuasa, pembahagiaan ahli mengikut 3 divisi yang core.
-unit pengisian daan protocol
-unit teknikal, logistic dan kebajikan
-unit daana daan tajaan.
Selai itu, kami juga ada berbincang tentang tempat dan tarikh program.
Tempat? Kami decide nak buat kat tempat Jalinan Masyarakkat sebelum ni je. Di Gombak.
Tempat setel.
So, kami carilah tarikh yang sesuai. Akhirnya semua sepakat, tarikh nya pada 29 April hingga 1 Mei 2016.
Pertama sekali, ana minta mereka buat masterplan. Mungkin diorang banyak tak pernah dengar. So, tunjuklah the simplest one. Timeline by week dan by day.
Moga-moga semua yang di syurakan bersama ini dapatlah di usahakan bersama hingga akhirnya.

Di peringkat Mt, our Timbalan Pengarah, offer diri untuk tolong dapatkan kertas kerja program sebelum ni.

1 Mac 2016

Meeting Jalinan Masyarakat kali ini adalah mengumpulkan ahli jawatankuasa berdasarkan unit yang telah disepakati.
Ahli diminta untuk brainstorming gerak kerja unit dan membentangkan perancangan masterplan mereka di akhir perbincangan.
Gerak kerja Jalinan Masyarakat sudah bermula.

3 Mac 2016

Tempat yang kami telah persetujui ialah, di Taman melawati Gombak, Rumah Anak Yatim Nur Qaseh.
Sebelum pergi, saya sempat menelefon dengan Pengetua Rumah Anka Yatim Nur Qaseh, Pn. Normah. Kami membuat appointment untuk kesana pada pukul  4 petang. Namun, Pn Normah tidak dapat bersama dan hanya memesan untuk berbincang dengan warden tempat tersebut.

Hari ini, pukul 3 petang, saya dan beberapa rakan yang lain, Madhi (Timbalan Pengarah) dan Ainan (Unit Pengisian) ke Gombak untuk melakukan aktiviti survey tempat program kami dan meminta izin tuan rumah serta memaklumkan program yang hendak dijalankan.

Pengalaman kami, kami tidak jumpa rumah anak yatim itu pada awalnya. Kami singgah di kedai kek dan membeli dua buah kek coklat sebagai buah tangan. Setelah itu, kami bergerak ke rumah itu dan mencari lorong dan taman berpandukan GPS. Namun, GPS membawa kami ke lorong lain. Kami pun bertanya dengan beberapa orang mak cik yang sedang lalu lang disitu.
Silap kami kerana mak cik yang kami Tanya itu merupakan pekerja Indonesia dan tidak mengetahui apa-apa tentang rumah ini. Oleh itu, saya mengambil inisiatif bertanya dengan orang tempatan.

Akhirnya, saya melihat ada seorang kakak, di perkarangan parkir kereta rumah dia, jadi saya memberi salam dan bertanya.Dia menunjukkan saya dimana letaknya rumah itu. Rupanya, rumah itu, berada tidak jauh dari hadapan kami. Kami bersyukur kerana akhirnya kami telah sampai.
Sesampai sahaja kami dirumah tersebut, kami tidak menyangka ini adalah asrama yang menetapkan kurang daripada 50 orang anak yatim, kerana ia hanyalah sebuah rumah teres dua tingkat corner lot, mereka terdiri daripada 30 orang anak-anak perempuan dari pelbagai lapisan usia, dalam lingkungan darjah 1 sehinggalah tingkatan 5. Sebahagian daripada mereka terdiri daripada keluarga yang susah dan dipelihara disini.

Kami berbincang dengan Cik Norlia, warden disitu. Dia menceritakan, sebelum ini, tidak pernah ada program bermalam. Kebanykan program bersama anak-anak ini adalah program berbentuk ilmiah seperti tuisyen dan jemputan ke program luar yang dianjurkan oleh pelajar UIA Gombak.
Kami pun mnegundur diri. Didalam perjalanan pulang, kami berbincang untuk menukar tempat kerana tempat tersebut tidak boleh sesuai dengan objektif program kami.

8 Mac 2016
Meeting Jalinan Masyarakat di BS 21. Hari ini saya memaklumkan tentang situasi tempat tersebut dan kami bersetuju untuk mencari rumah anak yatim yang lain. Pelbagai cadangan tempat diberikan.
-program di sekolah
-program di rumah anak yatim
-ingin memmbuat di tempat yang jauh dan berdekatan dengan tepi pantai

Saya meneliti kesemua kriteriteria pemilihan tempat dan ahirnya saya terfikir untuk membuat program di Rumah Anak Yatim Sultan Abdul Aziz Shah, Pantai Puteri Melaka.
Lokasinya sangat strategic kerana berhadapan dengan pantai yang cantik di negeri tersebut. Sudah tentu banyak pengisian yang boleh dilakukan disini seperti fire camp dan sukan pantai bersama anak-anak disini. Kemudahan tempat ini juga lengkap dan sesuai untuk melaksanakan aktiviti bermalam.

10 Mac 2016
Malam ini ada satu perlawanan badminton sempena Sukan API UM. Saya terlibat sekali bersama beberapa wakil Jabatan Syariah dan Pengurusan yang kebanyakan mereka terdiri daripada senior tahun dua. Saya bertemu dengan senior tahun dua JSP dan bertanyakan mereka tentang tempat Jalinan Masyarakat mereka sebelum ini. Saya begitu terkejut kerana saya mendapati, kertas kerja yang kami terima dan tempat yang kami pergi itu rupanya bukanlah tempat yang menjadi pilihan program mereka. Dan kertas kerja itu sebenarnya kertas kerja yang silap. Terkejut saya.
Saya berbincang dengan MT didalam group Whatsapp akan hal ini. Sekali lagi, Madhi akan mencari kertas kerja sebenar.

15 Mac 2016
Saya berasa sedikit tertekan kerana kami masih lagi mempunyai masalah tempat.  Saya cuba menghubungi setiap hari Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, namun tidak berjawab.
Akhirnya saya menemui jalan buntu dan saya pergi mendapatkan bantuan daripada Kak Teh di Pejabat Ijazah Dasar API UM, dan bercerita dengan beliau. Akhirnya, beliau membantu saya, mencari website yang berkaitan. Beliau menemukan image Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di gambar yang berkenaan dengan rumah tersebut. Sememangya, rumah anak yatim tersebut dibawah kelolaan MAIM.
Kami mendapat idea untuk menghubungi MAIM dan bertanya sendiri akan tempat tersebut. Kak Teh banyak membantu saya dalam menyelesaikan urusan tempat ini. Panggilan kami dijawab oleh MAIM dan nombor tempat itu diberikan bersama PIC untuk kami hubungi. Rupa-rupanya, no telefon rumah itu mengalami kerosakan dan gangguan talian. Dan cara untuk menghubungi tempat itu adalah dengan menghubungi no faks mereka.
Allahu Rabbi. Susah payah selama ini akhirnya, saya berjaya menemukan jalan penyelesaiaan. Saya bersyukur kerana Kak The telah banyak membantu saya. Dalam conversation anatara Kak The bersama Pengetua tempat itu, kami menyatakan tarikh program kami. Namun, Pengetua itu berkata, pada tarikh itu, mereka telah ada program lain. Sekiranya berminat, tarikh yang masih kekosongan ialah pada awal bulan Jun.
Alahai, sudah dapat tempat, tapi masalah lain pula menyusul. Iaitu ketidak kosongan tempat itu untuk menerima kami.
Sekali lagi saya buntu.

22 Mac 2016
Masih lagi buntu mencari tempat. Memang ada yang mencadangkan untuk dibuat program di sekolah lama mereka, namun saya terpaksa menolak cadangan itu atas beberapa sebab:
1)orang tidak berminat untuk menyumbang program berbentuk ini. Peluang untuk masyarakat menyumbang adalah kebanyakannya program anak yatim.
2)saranan pensyarah jabatan kami sendiri untuk mencari mana-mana rumah anak yatim kerana terdapat lebihan program tahun lepas, dan program itu dikhususkan untuk anak yatim. Memandangkan pada saat ini juga, unit tajaan sudah bergerak dan belum mendapat mana-mana lagi sumbangan dana dan tajaan.
Atas bebrapa faktor ini, saya terdesak sedikit dan menghubungi semua rumah anak-anak yatim termasuklah rumah perlindungan di seluruh Melaka untuk bertanya kekosongan tarikh dan kesudian menerima program kami. Semua nombor saya dapati melalui Google.
Antara tempat yang saya hubungi dan mendapat respon baik adalah Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz, Durian Daun Melaka.Untuk mendapat kelulusan program, saya perlu menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.Sekiranya JKMN ini meluluskan, RBLTAA tiada masalah.

23 Mac 2016
Meeting mingguan diteruskan dengan update gerak kerja setiap unit.Kertas kerja masih dalam permasalahan.Kami terpaksa edit semula kertas kerja itu kerana perubahan tempat.
Pensyarah juga mengatakan, kami terpaksa mencari duit sendiri memandangkan tempat yang kami ingin pergi bukanlah anak yatim. Lokasi tempat itu juga jauh (luar daripada Kuala Lumpur) maka, pensyarah pembimbing tidak dapat pergi setiap hari. Oleh itu, semua tanggungjawab diletakkan atas saya, dan saya bersedia menerimanya. Saya yakin dan percaya, ini akan menjadi pengalaman berharga buat kami semua.

1 comment:

  1. Rumusan Program
    Alhamdulillah, Program Jalinan Masyarakat , GIG 1005 merupakan subjek wajib university yang perlu diambil oleh setiap pelajar sem2, Universiti Malaya. Oleh itu, kami pelajarTahun 1 Jabatan Syariah dan Pengurusan,telah Berjaya merealisasikan projek ini selama 3hari 2malam di Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz, Durian Daun, Melaka.
    Perancangan menjayakan program ini telah memakan selama tempoh sebulan lebih untuk memastikan segala persiapan program ini dapat diselesaikan. Sudah tentu, dalam menjayakan sebuah program tentu ada ujiannya. Ujian pertama yang dihadapi ialah berlaku penukaran tempat dan tempoh mencari tempat yang baru juga memakan masa selama 2-3minggu. Kami pada mulanya merancang untuk membuat program di rumah anak yatim namun tiada kedapatan. Oleh itu, kami bersyukur kerana setelah dicari, Program kami sudi diterima di Rumah Kebajikan ini.
    Gerak kerja pengurusan program ini terbahagi kepada 3 unit utama. Antaranya melibatkan unit Pengisian dan Protokol, Unit Teknikal,Logistik dan Pengangkutan dan terakhir ialah Unit Tajaan dan Cenderamata.
    Antara persiapan menuju ke program ini sudah semestinya yang terpenting sekali ialah mengumpulkan dana dalam bentuk wang yang banyak kerana destinasi yang dipilih adalah diluar kawasan KL. Kami juga menganggarkan belanjawan program sebanyak RM1000. Unit Tajaan dan Cenderamata juga memainkan peranan besar dalam menggerakkan pengumpulan wang. Antaranya ialah email kepada beberapa buah syarikat dan menghubungi mereka. Akhirnya, Syarikat Garnier telah berbesar hati memberi tajaan dalam bentuk goodies kepada peserta, seperti set pencuci muka. Tidak lupa juga, terdapat syarikat koperasi menyumbangkan set peralatan tulis untuk kegunaan program kami. Hamper peserta juga bernilai RM100 setiap satu hamper ditaja oleh salah satu masjid di negeri Perak dan sumbangan persendirian daripada salah seorang ADUN Negeri Melaka yang berjumlah RM 750. Alhamdulillah, semua ini dimudahkan.
    Unit Teknikal, Logistik dan Pengangkutan pula telah melakukan pelbagai persiapan awal seperti membuat poster, menempah banner yang turut mendapat tajaan, membuat design tag urusetia serta menghubungi homestay berdekatan. Unit ini juga terlibat dalam mencari perlatan dan video yang diminta unit Pengisian. Dari segi pengangkutan, mereka juga turut mengatur pergerakan kenderaan kesemua urusetia ke tempat program tanpa sebarang masalah.
    Unit Pengisian dan Protokol pula lebih memfokus kepada modul-modul yang akan dibawakan mengikut kesusaian adik-adik RBL. Mereka juga terlibat dalam menguruskan fasilitator kumpulan. Kebanyakan ahli unit ini sangat berpengalaman dalam mengendalikan slot-slot yang diberikan dan pernah melibatkan diri dalam consultant. Jadi tidak hairanlah, kesemua peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian yang diberikan. Protokol Majlis Penutup juga berjalan dengan baik walaupun terdapat perubahan perancangan di saat akhir.
    Pendek kata, Program Jalinan Masyarakat telah Berjaya dilaksanakan dengan baik sekali. Sungguhpun terdapat kelemahan, namun setiap seorang daripada kami melengkapi kelompongan tersebut. Banyak pengalaman yang diluar jangkaan kita tentang kehidupan adik-adik ini yang telah kami pelajari. “Budak JM lain tidak dapat pengalaman ini sebagaimana yang kita dapat.” Qouted ayat Ketua Unit Teknikal, Saudara Adlan. Disamping itu, kerjasama yang sangat baik diberikan oleh pegawai tuan rumah tersebut juga merupakan salah satu factor kejayaan program ini disamping keterbukaan peserta menunjukkan minat dan semangat sangatlah dihargai. Akhir sekali, kami semua berpakat untuk mengadakan program susulan selepas ini bersama mereka lagi, kami juga turut menempah baju jersey untuk kesemua peserta kerana duit lebihan program yang banyak.

    ReplyDelete