![]() |
| Timbalan Pengarah dan Wakil Dana dan Tajaan bersama penaja L'OREAL |
-Entri Khas-
Setiap projek yang ingin dijalankan perlu kepada kewangan yang mencukupi bagi membantu keberhasilan projek itu sendiri. Justeru, pelbagai jenis usaha telah dilakukan bagi mendapatkan dana dan tajaan Program Jalinan Masyarakat ini. Berkat usaha keras yang dikerah oleh kami semua telah membuahkan hasil, alhamdulillah rezeki kami dan adik-adik (peserta) kerana pihak L'OREAL sudi menyumbangkan sample sachet pencuci muka Garnier Men sebagai goodies untuk para peserta.
Siapa sangka pengalaman dalam mencari dana dan tajaan ini adalah sesuatu yang amat berharga dan bernilai dalam diri kami. Ilmu baru yang kami dapat dalam berurusan dengan syarikat-syarikat, ilmu dalam menyediakan maklumat projek, dan lain2 lagi amat berharga untuk tujuan masa akan datang.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak L'OREAL (khususnya) dan pihak-pihak yang lain yang sudi menderma dan menyumbang untuk adik-adik peserta. Harapan kami agar perniagaan pihak tuan dan puan akan terus berdiri teguh maju dan jaya.

Hari ni 29 Mei 2016.
ReplyDeleteGenap sebulan sudah proram Jalinan Masyarakat melabuhkan tirainya.
Macam-mcam yang saya rasa. Paling saya ingat bila kami dibwa melawat sekitar kawasan Rumah Budak Laki-laki, RBL oleh adik-adik penghuni RBL ni. Hebat mereka ni. Ada kebun, bukan satu tapi 3 kebun. Sistem di RBL ni macam sistem di sekolah berasrama. dari pagi sampaila ke malam, mereka ada jadual yang perlu dipatuhi. Saya antara mereka yang diamanahkan untuk jadi fasilitator kumpulan. Tapi disebabkan saya tak menghadiri mesyuarat terakhir sebelum JM, maka saya tak dimaklumkan atau tahu pasal perkara ni. Maka, pada hari kedua program barula saya memulakan tugas sebagai fasi. Saya tak banyak cakap, tapi saya banyak mamerhati. Penghuni di RBL jenis yang ceria dan bersemangat, terutama bila lagu tema, "Gemuruh Jiwa" oleh Faizal Tahir dimainkan. Bersemangat mereka mengikut rentak tarian yang ditunjukkan oleh fasi-fasi di depan. Dan mcam biasa saya memerhati. Seronok tengok mereka menyanyi bersama-sama.
Hari pertama, kedua dan ketiga, merupakan hari-hari yang saya perlu lebih bersosial dan mendekati adik-adik penghuni RBL.Dan dari situ, saya sempat merefleksi kehidupan saya jika dibandingkan dengan kehidupan mereka. Saya belajar mensyukuri nikmat keluarga yang dipinjamkan Tuhan.Setiap malam, post mortem diadakan bagi menyemak sebarang kekurangan sepanjang hari tersebut. Di situ saya belajar, perlunya komitmen yang tinggi dan kerjasama dari semua ahli bagi meeastikan kelancaran aktiviti.
Akhir kalam, program Jalinan Masyrakat ini banyak membantu saya untuk mendekati masayarkat secara dekat dan memahami gerak kerja sesuatu program dilakukan. Apa yang penting? Kerjasama, komitmen dan keikhlasan. Moga Tuhan menerima segala usaha kami sebagai satu ibadah.
Ps: Saya post komen disini, sebab L'oreal adalah antara syarikat yang bagi respon positif bila saya menghantar email memohon sumbangan dan tajaan. Tapi, inilah satu-satunya syarikat yang sudi memberi tajaan dalam bentuk produk. Setidaknya, usaha saya berhasil. Terima Kasih untuk Puan Susan Koh, wakil dari L'Oreal yang sudi menerima dan meluluskan permohonan dari kami.