04 May 2016

Rumah Budak Laki-Laki Durian Daun Melaka


Assalamualaikum buat semua pembaca :)



Untuk pengetahuan semua, lokasi Jalinan Masyarakat yang akan kami lakukan ialah di Rumah Budak Laki-Laki (RBL) di Durian Daun Melaka.



Setelah melalui beberapa peringkat pemilihan tempat, kami bersepakat untuk memilih RBL sebagai lokasi kami menjalankan aktiviti untuk sesi kali ini 2015/2016.



Istimewanya RBL ini ialah kesemua penghuni di RBL ialah pelajar lelaki yang berlatar belakangkan keadaan keluarga yang bermasalah.

Tujuan utama penubuhan rumah kebajikan seperti ini adalah untuk memberi dan menyediakan perlindungan kepada anak-anak yang tidak bersalah agar mereka dapat rasakan masih ada kasih sayang dan peluang untuk mereka meneruskan kehidupan biarpun kemelutan dan masalah hidup yang melanda mereka.


Mereka diberikan tempat tinggal yang selesa, makanan dan keperluan hidup yang mencukupi dengan hasil bantuan yang disumbangkan oleh pihak atasan dan golongan dermawan yang prihatin. Di sini juga mereka dapat  berkenalan antara satu sama lain dan meneruskan tumpuan terhadap pelajaran dengan sempurna.

Semoga dengan adanya institusi sebegini dapat membantu golongan remaja yang tidak bersalah yang diuji dengan masalah keluarga dan memberikan pengajaran dan pedoman buat masyarakat lain secara amnya.

2 comments:

  1. Pengalaman yang unik bila sampai kat RBL.Jumpa penghuni RBL buat kita berfikir balik pasal kehidupan kita. Paling terkesan tengok setiap seorang tu ceria je walaupun setiap dari mereka tu ada kisah tersendiri.

    ReplyDelete
  2. …Assalam..Sy slh sorg drp penghuni RBL ni..dr tahun 67 hingga 71..mmg telalu byk kenangan pahit dn manis..kami bekas2 penghuni amat beruntung krn tlh mendapat pendidikan dn serba serbi ilmu kemahiran ,walau pn hanya sederhana..tp berkesan..Sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih pd mrk dn jg pihak2 yg berkenaan terutama kerajaan yg tlh membantu dn menyediakan tempat yg sebagitu utk mrk2 yg memerlukan ny.

    ReplyDelete