30 May 2016

Tinta Pengarah


24 Feb 2016

Mendengar taklimat Jalinan Masyarakat yang disampaikan oleh Dr Mohammad, pensyarah di Jabatan Dakwah.
Banyak penerangan yang disampaikan mengenai subjek ini.

Didalam otak, dah berligat dah nak buat program dimana, bentuk macammana.

1 Mac 2016

Fuh… penat di Kembara Inspirasi tak habis lagi. Tiba-tiba kena lantik jadi Pengarah Jalinan Masyarakat! Sebenarnya da malas da nak jadi pengarah ke setiausaha ke, semua tu da rasa da sebelum ni. Nak bagi peluang kepada adik-adik ni, tapi mereka pula yang menolak eden. Hmmm, nasib badanlah… xdapat nak menolong.
So, hari ini, kami meeting sat, bincang tentang perlaantikaan ahli jawatankuasa, pembahagiaan ahli mengikut 3 divisi yang core.
-unit pengisian daan protocol
-unit teknikal, logistic dan kebajikan
-unit daana daan tajaan.
Selai itu, kami juga ada berbincang tentang tempat dan tarikh program.
Tempat? Kami decide nak buat kat tempat Jalinan Masyarakkat sebelum ni je. Di Gombak.
Tempat setel.
So, kami carilah tarikh yang sesuai. Akhirnya semua sepakat, tarikh nya pada 29 April hingga 1 Mei 2016.
Pertama sekali, ana minta mereka buat masterplan. Mungkin diorang banyak tak pernah dengar. So, tunjuklah the simplest one. Timeline by week dan by day.
Moga-moga semua yang di syurakan bersama ini dapatlah di usahakan bersama hingga akhirnya.

Di peringkat Mt, our Timbalan Pengarah, offer diri untuk tolong dapatkan kertas kerja program sebelum ni.

1 Mac 2016

Meeting Jalinan Masyarakat kali ini adalah mengumpulkan ahli jawatankuasa berdasarkan unit yang telah disepakati.
Ahli diminta untuk brainstorming gerak kerja unit dan membentangkan perancangan masterplan mereka di akhir perbincangan.
Gerak kerja Jalinan Masyarakat sudah bermula.

3 Mac 2016

Tempat yang kami telah persetujui ialah, di Taman melawati Gombak, Rumah Anak Yatim Nur Qaseh.
Sebelum pergi, saya sempat menelefon dengan Pengetua Rumah Anka Yatim Nur Qaseh, Pn. Normah. Kami membuat appointment untuk kesana pada pukul  4 petang. Namun, Pn Normah tidak dapat bersama dan hanya memesan untuk berbincang dengan warden tempat tersebut.

Hari ini, pukul 3 petang, saya dan beberapa rakan yang lain, Madhi (Timbalan Pengarah) dan Ainan (Unit Pengisian) ke Gombak untuk melakukan aktiviti survey tempat program kami dan meminta izin tuan rumah serta memaklumkan program yang hendak dijalankan.

Pengalaman kami, kami tidak jumpa rumah anak yatim itu pada awalnya. Kami singgah di kedai kek dan membeli dua buah kek coklat sebagai buah tangan. Setelah itu, kami bergerak ke rumah itu dan mencari lorong dan taman berpandukan GPS. Namun, GPS membawa kami ke lorong lain. Kami pun bertanya dengan beberapa orang mak cik yang sedang lalu lang disitu.
Silap kami kerana mak cik yang kami Tanya itu merupakan pekerja Indonesia dan tidak mengetahui apa-apa tentang rumah ini. Oleh itu, saya mengambil inisiatif bertanya dengan orang tempatan.

Akhirnya, saya melihat ada seorang kakak, di perkarangan parkir kereta rumah dia, jadi saya memberi salam dan bertanya.Dia menunjukkan saya dimana letaknya rumah itu. Rupanya, rumah itu, berada tidak jauh dari hadapan kami. Kami bersyukur kerana akhirnya kami telah sampai.
Sesampai sahaja kami dirumah tersebut, kami tidak menyangka ini adalah asrama yang menetapkan kurang daripada 50 orang anak yatim, kerana ia hanyalah sebuah rumah teres dua tingkat corner lot, mereka terdiri daripada 30 orang anak-anak perempuan dari pelbagai lapisan usia, dalam lingkungan darjah 1 sehinggalah tingkatan 5. Sebahagian daripada mereka terdiri daripada keluarga yang susah dan dipelihara disini.

Kami berbincang dengan Cik Norlia, warden disitu. Dia menceritakan, sebelum ini, tidak pernah ada program bermalam. Kebanykan program bersama anak-anak ini adalah program berbentuk ilmiah seperti tuisyen dan jemputan ke program luar yang dianjurkan oleh pelajar UIA Gombak.
Kami pun mnegundur diri. Didalam perjalanan pulang, kami berbincang untuk menukar tempat kerana tempat tersebut tidak boleh sesuai dengan objektif program kami.

8 Mac 2016
Meeting Jalinan Masyarakat di BS 21. Hari ini saya memaklumkan tentang situasi tempat tersebut dan kami bersetuju untuk mencari rumah anak yatim yang lain. Pelbagai cadangan tempat diberikan.
-program di sekolah
-program di rumah anak yatim
-ingin memmbuat di tempat yang jauh dan berdekatan dengan tepi pantai

Saya meneliti kesemua kriteriteria pemilihan tempat dan ahirnya saya terfikir untuk membuat program di Rumah Anak Yatim Sultan Abdul Aziz Shah, Pantai Puteri Melaka.
Lokasinya sangat strategic kerana berhadapan dengan pantai yang cantik di negeri tersebut. Sudah tentu banyak pengisian yang boleh dilakukan disini seperti fire camp dan sukan pantai bersama anak-anak disini. Kemudahan tempat ini juga lengkap dan sesuai untuk melaksanakan aktiviti bermalam.

10 Mac 2016
Malam ini ada satu perlawanan badminton sempena Sukan API UM. Saya terlibat sekali bersama beberapa wakil Jabatan Syariah dan Pengurusan yang kebanyakan mereka terdiri daripada senior tahun dua. Saya bertemu dengan senior tahun dua JSP dan bertanyakan mereka tentang tempat Jalinan Masyarakat mereka sebelum ini. Saya begitu terkejut kerana saya mendapati, kertas kerja yang kami terima dan tempat yang kami pergi itu rupanya bukanlah tempat yang menjadi pilihan program mereka. Dan kertas kerja itu sebenarnya kertas kerja yang silap. Terkejut saya.
Saya berbincang dengan MT didalam group Whatsapp akan hal ini. Sekali lagi, Madhi akan mencari kertas kerja sebenar.

15 Mac 2016
Saya berasa sedikit tertekan kerana kami masih lagi mempunyai masalah tempat.  Saya cuba menghubungi setiap hari Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, namun tidak berjawab.
Akhirnya saya menemui jalan buntu dan saya pergi mendapatkan bantuan daripada Kak Teh di Pejabat Ijazah Dasar API UM, dan bercerita dengan beliau. Akhirnya, beliau membantu saya, mencari website yang berkaitan. Beliau menemukan image Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di gambar yang berkenaan dengan rumah tersebut. Sememangya, rumah anak yatim tersebut dibawah kelolaan MAIM.
Kami mendapat idea untuk menghubungi MAIM dan bertanya sendiri akan tempat tersebut. Kak Teh banyak membantu saya dalam menyelesaikan urusan tempat ini. Panggilan kami dijawab oleh MAIM dan nombor tempat itu diberikan bersama PIC untuk kami hubungi. Rupa-rupanya, no telefon rumah itu mengalami kerosakan dan gangguan talian. Dan cara untuk menghubungi tempat itu adalah dengan menghubungi no faks mereka.
Allahu Rabbi. Susah payah selama ini akhirnya, saya berjaya menemukan jalan penyelesaiaan. Saya bersyukur kerana Kak The telah banyak membantu saya. Dalam conversation anatara Kak The bersama Pengetua tempat itu, kami menyatakan tarikh program kami. Namun, Pengetua itu berkata, pada tarikh itu, mereka telah ada program lain. Sekiranya berminat, tarikh yang masih kekosongan ialah pada awal bulan Jun.
Alahai, sudah dapat tempat, tapi masalah lain pula menyusul. Iaitu ketidak kosongan tempat itu untuk menerima kami.
Sekali lagi saya buntu.

22 Mac 2016
Masih lagi buntu mencari tempat. Memang ada yang mencadangkan untuk dibuat program di sekolah lama mereka, namun saya terpaksa menolak cadangan itu atas beberapa sebab:
1)orang tidak berminat untuk menyumbang program berbentuk ini. Peluang untuk masyarakat menyumbang adalah kebanyakannya program anak yatim.
2)saranan pensyarah jabatan kami sendiri untuk mencari mana-mana rumah anak yatim kerana terdapat lebihan program tahun lepas, dan program itu dikhususkan untuk anak yatim. Memandangkan pada saat ini juga, unit tajaan sudah bergerak dan belum mendapat mana-mana lagi sumbangan dana dan tajaan.
Atas bebrapa faktor ini, saya terdesak sedikit dan menghubungi semua rumah anak-anak yatim termasuklah rumah perlindungan di seluruh Melaka untuk bertanya kekosongan tarikh dan kesudian menerima program kami. Semua nombor saya dapati melalui Google.
Antara tempat yang saya hubungi dan mendapat respon baik adalah Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz, Durian Daun Melaka.Untuk mendapat kelulusan program, saya perlu menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.Sekiranya JKMN ini meluluskan, RBLTAA tiada masalah.

23 Mac 2016
Meeting mingguan diteruskan dengan update gerak kerja setiap unit.Kertas kerja masih dalam permasalahan.Kami terpaksa edit semula kertas kerja itu kerana perubahan tempat.
Pensyarah juga mengatakan, kami terpaksa mencari duit sendiri memandangkan tempat yang kami ingin pergi bukanlah anak yatim. Lokasi tempat itu juga jauh (luar daripada Kuala Lumpur) maka, pensyarah pembimbing tidak dapat pergi setiap hari. Oleh itu, semua tanggungjawab diletakkan atas saya, dan saya bersedia menerimanya. Saya yakin dan percaya, ini akan menjadi pengalaman berharga buat kami semua.

29 May 2016

CORETAN FASILITATOR

Bismillahirrahmanirrahim.
Entri kali ini adalah himpunan kisah dan pengalaman serta hasil dapatan yang diperoleh oleh kesemua fasilitator yang terlibat dalam menjayakan Program Jalinan Masyarakat di Rumah Budak Laki2 , Melaka.

Moga dengan titipan dan nukilan ringkas ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua :)
Selamat membaca!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Muhammad Afiqh Yunos bin Shaari
IEM150026
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum w.b.t

Serasanya program ni telah pun berlalu dua minggu lepas. Dua minggu kemudian baru ada semangat untuk menulis kisah tentang program ni. Sebenarnya, menulis ni pun memerlukan kekuatan, kerana, kalau malas, lagi-lagi menulis tentang kisah lampau yang samar-samar dalam ingatan, mudah patah semangat! Ni sedang mengumpul kekuatan juga ni sambil-sambil menaip.

Antara sumber kekuatan, "Sense of Belonging" terhadap pengalaman dan kisah-kisah yang dikongsi oleh adik-adik disini. Demi mereka, saya akan gagahi jari jemari ini untuk menaip. Hahahaha

Hmmm...

Agak banyak juga peristiwa yang tidak dapat dicatat memandangkan tempoh dua minggu tu agak lama untuk menyimpan momen-momen sepanjang tiga hari program. Apapun, saya akan cuba untuk menulis mana yang saya teringat dan mungkin akan ada proses penyuntingan selepas ini.

Okeh, kalau nak tahu apa itu Rumah Budak Lelaki Durian Daun, Melaka mungkin boleh rujuk catatan lepas dari rakan-rakan saya.

Dalam catatan kali ini, saya akan fokuskan kepada pengalaman sepanjang berprogram di sana.

*saya sebenarnya nak tulis guna bahasa rasmi tapi macam tak best pulak. Saya tulis biasa je la. Tumpor yop yong sekalian kalo nak nulih seketoi-seketoi bak kate oghang peghok. Ater udoh nak cerite mne maunye nulih bhase resmi ye dok.

Haaaa...kisahnye bermula dengan setibanya saya disana pada hari khamis petang bersama pengarah (kak.cik) dan Amalina a.k.a Merlin..(**merlin pasaipa pun tak tau)...

Saya mulanya merasakan ini adalah pengalaman kami rakan-rakan JSP paling mencabar sebab menjalankan kursus motivasi di sebuah institusi jagaan kanak-kanak yang berada dibawah perintah mahkamah dan polis, yang mana warden di situ berkata, "Masalah di sekolah sini biasa aje ... ada gangster, buli."

Tapi..haaa ade tapinye...bukanlah semua mereka begitu dan secara peribadi saya boleh katakan bukan salah mereka tapi itu mungkin cara mereka meluahkan rasa yang tak bisa dibuku tak mampu dipikul dan tak lalu didendang....huuuu ayat...

Bilangan murid lebih kurang 53 orang.... ramai melayu dan hanya 5 orang sahaja yang non.muslim tapi ada yang muallaf tau. Nama asal kekal cuma mereka convert ke agama islam...ye laa bukan syarat pun muallaf kena tukar nama...dan ye range umur mereka ada sekitar 13 hingga 18...huhuhu..paling saya ingat budak kecik comey mate sepet kepale botak yang pandai ambil gambar guna DSLR Canon...fuhhhh...budak kot...manual lagi...tu laa budak paling muda...baru masuk 13...

Ok kita go on ke cerita day by day...

Alrite...hari pertama hari Jumaat jam 3.30 petang....Saya teringat pada satu ketika suasana agak bising ketika sessi pendaftaran sedang berjalan. Saya perhatikan warden-warden datang membawa rotan sambil melaungkan "Diaammm"...!!!!!...hahahahaha...Tak makan rupenye budak-budak ni... Di satu sudut saya ternampak ada seorang budak bukan melayu yang agak besar badannya, putih-putih mukanya (**mcam korea)...rasanya macam ketua di situ, saya pergi pada beliau lantas menghulurkan tangan bersalaman dengan beliau....Dia terkejut dan terus senyap...muka dia teruja semacam...MasyaAllah...jadi lebih friendly..dan seolah satu kepuasan melihat kegembiraan adik-adik ini menerima Goodies Bag dari kami...yelaa bagi pencuci muka Loreal kot...hahahaha..Maka mulalah kisah pengenalan barisan Fasilitator, Ice-Breaking, dan LDK 1 yang diketuai oleh sahabat saya...suasana bermula dengan baik dan menarik sebab adik-adik ni enjoy apa yang kami beri ketika program hari pertama...dan yang bestnya ketika solat maghrib berjemaah, ada sorang adik ni digelar Rezza, dia jadi imam tau...suaranya ketika mengalunkan ayat suci Al-Quran tu MasyaAllah sedap....mengalir lagu-lagu Tarannum dalam setiap bacaan dia...terbaik dik....boleh join team nasyid UM...hehehehehe...

Haaaa...hari kedua masa kami dengan adik-adik tak banyak sangat...sebab petang dan malam adik-adik ni ada program dengan kerajaan negeri Melaka #BetaIsBetter....huhuhuhu...Pendekkan cerita...kami buat program slot cemarah dari abe.Hisyei si Bujei Senei yang memang petah berbicara...tapi biasalah budak-budak memang agak pishaanngg sikit kalau dengar ceramah ni...tapi bila tiba waktu playtime (LDK 2,3,4) fuhhhh kemain macam nak gi perang....hehehehe...Sebelah petang program yang kami jalankan hanya  untuk beberapa adik-adik yang tidak terpilih untk ke program luar...yang tak terpilih ni bukan yang tak pandai mahupun yang teruk cuma mereka tak berminat untuk turut serta...tapi Alhamdulillah apa yang kami jalankan petang tu bersama adik-adik boleh dikatakan menjadi dari tak jadi...yela bukan mudah nak hidupkan program dengan adik-adik yang cepat pishaangg...hahahaha 

Hari ketiga adalah hari yang sangat singkat....seumpama hari kedua namun lebih singkat kerana pada siang harinya adalah majlis penutup....jadi kami hanya sempat menjalankan 2 aktiviti sahaja...pada hari terakhir ni kami raikan mereka dengan anugerah peserta terbaik, anugerah kepimpinan terbaik, dan anugerah bagi setiap kumpulan....haaa dan hadiah kami bukan barang biasa...kami berikan yang terbaik untuk adik-adik ini termasuklah dengan juadah ayam KFC untuk adik-adik ni....

Memang tak nafikan reaksi adik-adik kepada apa yg kami berikan sepanjang program tu seperti tidak pernah mereka dapat sebelum ini....dan sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa masih ada orang yang faham keadaan mereka...yang menganggap mereka baik dan soleh...faham-faham je laa sikap orang melayu kita, tidak menyiasat seuatu tidak tahu sesuatu namun lagak gaya seperti hakim diktator yang ma'sum, cepat melabel orang-orang yang tak bersalah tanpa mendalami kisah mereka...bila kenangkan kisah adik-adik disini Allahu....sayu dan menambahkan lagi rasa syukur saya kepada Allah...

Begitulah secara ringkasnya kisah RBL Melaka....InsyaAllah dalam entri yang akan datang saya akan ceritakan pengalaman saya mendalami kisah-kisah adik RBL ni...yang boleh kita ambil ibrah...adik-adik soleh ini tidak bersalah...cuma mereka sering dipersalahkan...moga Allah melindungi adik-adik soleh ini dan kurniakan adik-adik ini dengan limpahan rezeki yang luas....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Mohd Nurhisyam bin Talang
IEM150005
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

PART 1
Bismillah...

Pengalaman program bagi menjayakan subjek Jalinan Masyarakat pada kali ini bagi saya sangat berbeza berbanding program yang lain. Hal ini kerana peserta yang menjadi sasaran kami sangat berbeza. Pelbagai latar belakang seperti diabaikan keluarga, terlibat dengan kes mahkamah dan juga tidak diketahui asal usul telah menyatukan mereka semua di tempat tersebut.

Pada awalnya saya berasa sangat risau kerana beranggapan mereka bersifat sangat agresif. Akan tetapi setelah kami mengadakan beberapa aktiviti bersama mereka, ternyata mereka sama sahaja seperti rakan sebaya mereka yang lain. Kenakalan pada usia itu adalah perkara biasa.

Harapan saya semoga mereka mendapat peluang masa depan yang sempurna seperti orang lain. Walaupun mereka mempunyai beberapa masalah yang istimewa, namun ianya bukanlah satu alasan untuk menghukum mereka secara membuta tuli.

Mereka juga insan biasa sama seperti kita.

Wallahu'alam

PART 2
"Hai adik, sihat ke tak ni?"

"Sihat abang"

"Adik sayang Allah dan Rasul tak?"

"Mesti la sayang"

"Adik sayang mak ayah tak?"

"... entah la abang"

"Eh, kenapa jawab entah ni?"

"Mak saya kat penjara, ayah pulak tak tahu la pergi mana."

Aku terdiam kemudian terus menukarkan topik perbualan yang lain. Itulah antara perbualan realiti yang saya alami ketika berinteraksi dengan mereka ketika berprogram. 

Ketika beraktiviti dengan kami, mereka jelas kelihatan tiada beza dengan rakan sebaya mereka yang lain. Tetapi yang membezakan mereka hanyalah situasi yang terdapat dalam dialog di atas. Jadi apa hak kita mahu menghukum mereka? Adakah kita sendiri mampu hidup seteguh itu sekiranya berada di tempat yang sama? Fikirkanlah.

Mereka juga beberapa kali bertanya, "apa pandangan abang terhadap kami?". Apa yang kami mampu jawab ialah "adik-adik sama sahaja dengan orang lain. Kalau adik rasa diri adik tu nakal, abang dulu pun nakal jugak. Tapi adik perlu ingat kita perlu sentiasa berubah jadi lebih baik."


Mereka hidup seperti di dalam asrama biasa. Ada bilik tidur, dewan makan, padang bola, surau dan sebagainya. Rutin harian mereka pun tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan saya berasrama dulu. Cuma mereka mungkin ada sedikit aturan jadual yang sememangnya telah disusun atur oleh pihak pengurusan. Semuanya demi kebaikan mereka. Apa yang saya lihat ini alhamdulillah mampu memberikan mereka potensi untuk terus maju. Semoga adik-adik di RBL ini terus tabah meneruskan kehidupan mereka.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Nazirah binti Azmi
IEM150011
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. :-)

Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi atas segala urusan yang dipermudahkan sepanjang Program Jalinan Masyarakat berjalan mahupun persiapan sebelum bermulanya program ada mengalami beberapa masalah. Alhamdulilah program berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul dari semua pihak. 

Terima kasih diucapkan kepada Dr Fadilah Mansor kerana memberi sokongan serta dorongan dalam melancarkan perjalanan Program Jalinan Masyarakat yang diadakan di Rumah Budak Laki-Laki Durian Daun, Melaka. 

Pelbagai perkara yang saya belajar dari Program Jalinan Masyarakat iaitu cara berorganisasi dalam satu kumpulan. Setiap unit perlulah cakna dengan tugasan yang dikhususkan kepada mereka. Sifat saling membantu dan bertolak ansur perlu ada dalam setiap organisasi. Peserta daripada Rumah Budak Laki-Laki Durian Daun, Melaka turut menunjukkan minat berprogram bersama kami. Sesetengah daripada mereka turut menceritakan masalah mereka. Mereka di situ ibarat satu keluarga yang mana ada adik dan abang. Kerjasama mereka dalam berprogram sangat membanggakan. Saya berasa agak berat setelah tamatnya program bersama mereka. Terima kasih kepada kawan2 sekelas di atas segala usaha sama dalam menjayakan program ini dan program ini boleh merapatkan 'bonding' diantara kami sesama kami dan peserta.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Mohd Hazalif bin Mohd Hazani 
IEM150025
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Boring boring ni abang nak share sikit pengalaman abang jd fesi program jalinan masyarakat. Susah ke jadi fesi? Tak de benda yang senang dik, klau rasa senang bermakna bukan kerja itu senang tapi adik yang ambik mudah. Jadi abang nak share sikit lah pengalaman yang abang lalui.


Sebenarnya program yang abang jd fesi ni adalah program first time yang abang tak pernah join sbb sebelum ni abang join program mcm keagamaan, diniyah, pelajaran, dan macam2 lagi. Tapi program yg ni mcm blur skit sbb bnyk kena tapis Sbbnya sgt background peserta yang berbagai ad yg takda family ad yg takda rumah ada mak ayah bercerai ad yg kena buang mcm2 lagi dik pening abang dibuatnya. jadi abang punya ldk yang abang dah ready sebelum ni semunya terbengkalai sbbnya abang tak boleh sentuh psl family, ibu bapa sbb risau adik2 peserta ni tersentuh hati. Sebab objektif program ni nak bagi happy. Tapi pembawakan abang jenis mcm muhasabah mmg abg nak bagi nangis tapi semua tu tak boleh, jadi agak perlu ditapis setiap percakapan itu. Tapi mujur lah abg ad kawan2 kelas abang yang banyak idea, so diorang share lh idea dorang untuk ldk semua..mujur lah program tu flexible..alhamdulillah semua ldk yang abg buat..pserta semua beri respon dan enjoy semua happy takda yang menangis. Kecuali abg2 dan kakak2 fesi je yg nangis sbb diorang rindukan adik2 peserta. Apa2 pun abang nak cakap jd fesi ni sekali pun mudah bg adik2 tapi kena ingat jangan ambil mudah...buat sebaik mungkin. Itu shja daripada abang , assalamualaikum

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Muhammad Madhi b Mohd Budiman
IEM150007
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rumah budak lelaki sg durian, melaka

Mereka ini bermasalah. Itu tanggapan permulaanku. Ternyata sangkaan ku meleset.
Mereka ini tidak lain hanyalah seperti remaja biasa yang melalui proses kehidupan yang sama. Cumanya, disebabkan penjaga/ ibu bapa mereka yang bermasalah, mereka turut terkena tempiasnya. Dengan perintah mahkamah, mereka ditempatkan di rumah ini untuk beberapa ketika sehinggalah mereka mencapai umur 18 tahun.

Sebelum ini, aku tidak pernah tahu akan kewujudan rumah jagaan yang memberi perlindungan kepada remaja sebegini rupa. Program Jalinan masyarakat 3 hari 2 malam ini telah memberi seribu satu makna buat hidupku. 

Bermula dengan sesi pengenalan bersama mereka seorang demi seorang , aku mula mengenali kisah hidup mereka. Ramai yang tahu asal usul mereka dan mengapa mereka ditempatkan di sana. Namun, terdapat segelintir yang tidak tahu dari mana mereka datang. Namun, mereka cukup tabah untuk menelan pahit ini ketika umur hanya pada belasan tahun.

Mereka akur dengan apa yang telah dicatatkan dalam hidup mereka. Hal ini menyebabkan terdapat sebahagian dari mereka yang kurang bermotivasi / kurang berkeyakinan untuk meneruskan liku liku kehidupan.

Kehadiran kami ke sana adalah untuk menyuntik semangat dalam diri mereka bagi mencipta kejayaan di masa hadapan. Ini kerana mereka juga sebahagian dari masyarakat. Dengan masa yang terhad, kami cuba melakukan beberapa sesi berbentuk santai bagi menghidupkan kembali semangat mereka yang telah lama mati.

Sewaktu ramai teman sebaya mereka hanyut dibuai arus dunia, mereka dididik dengan penuh disiplin dan ketegasan. Soal penjagaan masa menjadi keutamaan di sana. Ini mampu memupuk sikap berdikari agar mereka berjaya menempuh segala dugaan apabila keluar dari rumah tersebut suatu masa nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Suhailah binti Benjamin
IEM150020
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertama sekali, tak sangka apabila diorg pilih saya sbgai setiausaha. Dah la takde pengalaman utk menjdi s/u apatah lagi dlm membuat surat2 yang complicated ni. mmg xpernah Ade pengalaman langsung. Walaubgaimana pun sye sahut juga cabaran ini sbgai pengalaman yg baru dan blajar bagaimana menjdi seorg s/u ni. Apabila smkin lama smkin byk Surat y perlu sye kluarkn. kadang2 Surat selalu kne btulkn dan sllu kne ubah. ade satu surat tu tersilap tulis 'untuk membuat kajian' sedangkan kami nak buat lawatan sehingga terpaksa berurusan dengan jabatan kebajikan putrajaya untuk membetulkan salah faham ini. tapi kami beruntung kerana pihak jabatan kebajikan negeri melaka membenarkan program kami ini dijalankan pada waktunya. jadi kami tidak perlu bayak berurusan dengan jabatan kebajikan putrajaya. Selain itu, saya juga tidak suka dan stress apabila selalu kne push untuk siapkan surat sedangkan maklumat yang diberi tak complete dan lambat serahkan kepada saya tapi nak cepat. smpai 1 tahap mmg dh fed up utk.buat surat ni tpi disebabkan mmg tanggungjawab saya saya teruskan juga. 

Bila hari nk dkt dgn program sye jdi sensetif shingga ble ade sorg tegur sye kalau ade masalah knape xbincg dgn smue org sdgkn time tu smue busy dgn kerje masing2 , saya terus sedih dan mengalirkan air mata. apabila hari program prasaan sye brubah. tiba2 terasa excited nk g tmpt tu. xtau knpe. ble sampai di tmpt program first impression sye bdk2 kat ctu nakal kerana sblm in sye pernah baca maklumat ttg rmah trsbut y trdri drpada bdk y ade plbgai masalah dan brda dalam perintah mahkamah. 

Hari pertama sye kurang mesra dgn bdk2 kat ctu krna smue lelaki dan mmg janggal kerana xpernah ade adik laki2. tpi apabila mula bergaul dan borak dengan diorg sye rase sgt gmbira dan mudah mesra dgn diirg. mereka sangat sporting dan suka bergurau. saya merupakan fasi dalam kumpulan merah bersama adlan. ini menyebabkan saya lagi rapat dengan budak-budak kat situ dan budak yang saya agak rapat kat situ adalah Airil @angah. ade beberapa orang budak yang menceritakan kisah hidup mereka kepada saya membuatkan saya tersentuh dan mereka memang sangat kuat melalui semua ini. 

Hari terakhir saya dan k.amalina (k.merlin) dibawa melihat persekitaran rumah kebajikan tersebut oleh .... dan saya dapat buah kedondong sebagai buah tangan dan kami selfie utk kli terakhir. kenangan dan pengalaman di rumah kebajikan ini memang susah diperoleh oleh orang lain dan saya beruntung untuk mendapatkan pengalaman ini kerana tidak semue orang berani untuk bergaul dengan budak-budak yang bermasalah . Sebenarnya mereka sangat baik dan mereka mendambakan kasih sayang daripada masyarakat luar. saya berharap mereka menjadi seorang yang berguna kepada diri sendiri dan masyarakat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Muhammad Adlan Bin Md Sahray
IEM150024
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

PART 1
Di manakah ‘JM’ ku berlangsung ?

Assalamualaikum,, hye uolls!  Sehat kee ??.. Salam perkenalan dri cik AD pda yg bru mngikuti cik AD dlm slot ' sharing is caring '. Hm agaknye cik AD nk kongsikan pasal ape ek?? Okay cik AD nk kongsikan pngalaman cik AD jdi Ajk bgi satu program jalinan masyarakat b'tmpt di Rumah Budak Laki-laki Tun Abdul Aziz, Durian Daun, Melaka. Cop ! Cop ! sblom tuh cik AD nk pesan skit sblom kite sume buat sesuatu kite kenalah say Alhamdulillah to Allah maha Esa tau .. tpi sbb ape plak cik AD ?? Haa sbbnye Allah yg bgi kite nikmat sbgai cth cm skrg nie..cik AD diberi nikmat utk mnulis  n b'kongsi pngalaman dan nikmat kpd uolls utk m'bacenye  .. bole pham uolls ?? bole..bole..bole.. Hee  ingt ea kne say Alhamdulillah tau !!.. Okay smbung cite ye..sape pnah jdi ajk atau fasi program ? cer agkt tgn cket  yeyhhh kite geng . hehe..opps lupe plak nk bgitahu nme programnye  ialah ' Sejenak Bersama Selamanya Terasa '. Amboi cik AD pnjgnye..hihi  alaaa, kononnye nk kan kesan yg kuat, padu  serta sntuhan erat dgn depe selame 3 hrituh..alaa cm tk biasa plak..nk diingati malah nk jugak dirindui oleh depe sume kan..ceyywahh  huhu..

uolls tak pelik ke knpe dlm bnyak2 ngeri..cik AD pilih melaka sbgai lokasinye ?? pelik kan . haa cpt sape tahu sbbnye cik AD bgi 5 bintang bnyk tuh tau..hihi.. Cik AD student dri UM tau so klau nk ke melaka bole kate jauh jugak lahh..pnat tau ! fuhh  tpi jauhnye prjlnan tuh x pnting uolls..yg pnting input yg kite dpt dri prjlnan tuh sndri..lgipon smbil mnyelam  minum air.. huhu  . Klau uolls nk tahu melaka bnyak tmpat mnarik tau ! Cik AD seyes tak tipu okay .. Ade kota A famosa , taming sari, pntai yang cantik-cantik  dan lain2 serta bole bljr tntg sejarah kgemilangan melaka dulu..haa kan bagus tuhh .  tpi cik AD senanye t'tarik dgn keunikan, landskap serta kebersihan di melaka sndri..hm, ckop lah tuh puji ngeri melaka kang kmbg plak nnti ngeri melaka..hahaha

 cerita sterusnya adalah part yg cik AD terkesan sgt dan nk highlightkn ! Rumah budak laki2 nie mrupkan asrama tmpat depe tinggal..sumenye lgkap dgn plbgai kmudahan tau..cume skolah sje takde sbb depe bersekolah di tmpat lain skli dgn budak yg lain di luar sne..opps .. nk habaq nie mne2 girls  no entry  hnye boys  sje bole dlm asrma nie.. Sume budak laki2 kt sini ade background fmily yg negatif (b'mslah)..means mk ayh depe yg ade kes jenyah  atau sivil cm kes cerai , kes dera, kes dadah  , dipksa keje bwh umur  dan bnyk lgi..so mne2 budak laki yg sama sperti mereka yg lain di knal pasti oleh pihak berkuasa  akn dihntr kesini lah utk dijaga, dilindungi malah diberikan pndidikan  yg scukopnye..cik AD sebak tgok depe, yelah mne tknye even dilengkapi plbgai kmudhan tpi sape lah nk tggal berjauhan dgn mk ayah kan ?? Klau pndpt uolls cmne ? Mesti tk sggup kan.. benarlah Allah tuh maha Adil kan uolls..even family depe b'mslah Allah hdirkan pihak lain utk jge depe dri sume segi.. cik AD nk tekankn kt uolls..Jgn abaikn tggungjwb ssame msyarakt !

perlu berdikari.

Okay, disbbkan program nie ditaja khas seratus peratus oleh kami sndri..hihi cik AD dan kwn yg lain decide pegi melaka dgn 4 buah kereta jeh… kan jimat tuh..huhu..(mnyk  mahaiii ) so stiap krete ade 5 org ajk ye.. Ehh cik AD klau satu krete 5 org jdi sume 20 org ajk ke ?? Hm, bgos lah uolls  tnye soalan nie..okay jwpnnye slah ,, total sume ade 18 org ajk jeh t'msuk laki dan pompuan ..tkpe tkpe cube lgi okay  cik AD nk cite nie prjlnan kami nk ke melaka..dgr btol2 tau kang tak pham plak..kmi pi asing2 tk konvoi pon..kan ade 4 kereta kan..krete p'tma krete waja. Depe diketuai oleh afiqh dan skli dgn pngarh kmi..nk tahu sape ?? Kak chik orgnye..sbb ape kak chik ? Sbbnye dia kocik jeh..hehe okay lah cik AD pndekkn cite ye..so depe nie pi awal sehari pda 28/4/16 sbb depe tkde klas dan skli nk survey tmpt kt sne..excited lah tuh  haha.. Krete kedua krete hilux b'tolak pde mlmnye .. haa nie nk kabo skit..uolls tau kn krete hilux alaa yg bonet tkde bmbong tuh..ye ye tahu cik AD. Sbb bonet bsar kami sumbat lah sume brg logistic kt situ..haha. Jom dgr kisah krete k'tige plak uolls..ni yg mnriknye sbbnye cik AD ad dlm krete k'tige nie..huhu  cik AD b'tolak esok pgi  naik krete myvi . hehe..dan krete yg last, gen2 b'tolak ptg.. Okay spnjg di melaka, mkn minum dan homestay sume ditaja  oleh fmily kak chik..alhamdulillah rzeki allah bgi pde kami dan prjlnan kami sume dipermudahkan oleh Allah. Terima kasih berkat iringan doa mk ayah kami dan restu depe sumenye b'jlan lancar.. Ingt ye uolls jgn pnah ketepikan mk ayah kite sklipon ! Ape2 dahulukan mk ayah Insyaallah ade kberkatannye.. Lme sgguh prjlanan cik AD kan tpi tkpe ingt tak pesan cik AD rituh ? jauhnye prjlnan  xpnting..harapnye uolls dpt input yg cik AD smpaikn dlm kisah " Pengalaman Terindah Buatku " cik AD stop kt sini dulu ye uolls nnti cik AD smbg lgi okay,,,nahh pantun cik AD bgi utk uolls sume

        Jika ade sumur di ladang
Boleh lah kite menumpang mandi
     Jika ade umur yang panjang
        Boleh kite berjumpa lagi

 PART 2
Bermulanya aktiviti..

Assalamualaikum..hye uolls  sehat ?? Alhamdulillah ketemu lgi b'sama cik AD dlam ' slot sharing is caring '. Sbar sbar cik AD tau uolls msti tak sbar nk tau smbungan cite yg rituh kan ??  haha.. Ok rituh cik AD dah cite psal lokasi, asrma budak laki2, prjlnan kami dan ajk kan..so skrg cik AD nk cite psal aktiviti kami kt sne. Yeyyhh …alaa, bosan lah cik AD cite lain lah..ehh knpe plak bosan ?? Msti uolls pkir same cm orentasi skolah or sesi suai knal kan ? Taklah .. ni berbeza sbbnye sume budak lelaki sje..hihi . Kite tk bole kte ia same sbb stiap pngalaman atau kisah tuh berbeza uolls . kite smbg ok ,,cm biasa kami ade kn sesi ta'aruf utk ajk dulu.. Ape Ta'aruf ?? Dup dap dup dap  bukan main nervous cik AD time tuh tau yelah first p'temuan dgn dorg..tpi tuh time sblom jeh time p' knalkn dri cik AD tk nervous daa sje jeh buat gimik lebih tdi.. alhamdulillah adik2 sume beri perhatian..depe sume baik tau mesra jeh. Disbbkan program pda hri jumaat so lpas solat jumaat kami start mjlis.. Selesai sesi ta'aruf cik AD bwk dorg pi surau solat asar b'jemaah dan cik AD sndri yg jdi imam solat spnjg program kt sne..hbis solat kami pi riadah dgn dorg..haa cik AD nk pesan lpas asar jgn tido tk baik utk ksihatan dan otak kite …. ptg2 elok riadah okay..   kami decide utk main bola sepak sbb sumenye lelaki so sape tak suke main bola kan..lgi2 cik AD ! Klau nk tau cik AD terer main bola tau  ..huhu..opps maaf ! Sronok sgt main bola sepak tibe2 awan mndung b'arak laju kearah kami lalu m'bsahi ngeri melaka lintang pukang kami lari ,huhu. Sbb hujan kami suruh dorg siap2 utk mkn mlm dan b'kmpul di surau skli utk mnunaikan solat maghrib.. Smntre mnggu isyak, abg afiqh tmpil m'beri tazkirah kpd adik2 utk b'kgsi ilmu..Ingt uolls kite jgn kdekut dgn ilmu ! Allah tak suke tau,  Ok usai solat isyak kami trus ke dewan dgn slot strusnye iaitu ice breaking dan LDK . Wahhh msti cik AD main smbunyi2 kan dorg kan ?? Ehh mne tau ni uolls..alaa tk suprise daa.. Haihh lupe plak nk gtau uolls..depe dibhgikn kpd 5 group sbb dorg ade 53 org jdi stiap group ade 10 dan 3 group lbih sorg dan 2 fasi termsok laki dan pompuan . So LDK pertama depe sume kne ttup mte dgn kain perca mgikut wane group dorg dan stiap group ade diberi satu bnyi binatang  then dorg dipisahkn dan kne cri ahli group depe dgn bnyi binatang tuh..hahaha mcm2 telatah depe time tuh..hbis riuh rndah dewan….

LDK kedue plak kami bgi nme 'ceratan cinta'. Huishh cik AD ape tuh ?? cinta2 bgai..haha uolls jgn pkir lain yee.. Yg ni sronok uolls ! Depe kami bgi surat khabar then depe kne koyakkn ikot dan depe nk style cmne pastu kne tukar dgn group lain dan depe kne smbgkn sbnyk 3x ulg..alaa kirenye cm main puzzles lah tpi ni dri surat khabar pasai nk jimatkan..hihi ohhh okay pham cik AD. Ehh blom hbis lgi last nnti group yg mule2 koyakkn tdi depe pon kne smbgkn blik puzzle tuh..haha,,..nsib lah dik  oii knonnye nk knekn kwn kan tpi awok sndri pon terkne ! Kahkahkah..bijak kan kami…. sronok sgt main smpai lupe kami dah lewat malam..depe kne tidur awal sbb esok kne solat subuh b'jemaah dgn sape lagi dgn cik AD lah.. Kami pon blik ke umah kak chik yg laki di bndar pompuan di kg..

Semakin hari.

Esok pginye pkol 5am,  kami dah terpacak kt asram depe utk siap2 solat subuh b'jemaah..usai solat subuh cik AD ditugaskn utk bgi sdikit pringatan dan tazkirah kt depe dgn tajuk "Allah maha berkuasa Mahkluk tiada kuasa". Pringatan nie bukan buat adik2 sje malah utk cik AD sndri dan ajk yg lain. Dlm islam pon kite dituntut utk mngingati ssame sndri kan uolls..jdi mri kite sling igt mngingati ok.. Slpas breakfast… slot sterusnye diteruskn dgn motivasi dri abg hisyam..sgguh2 depe dgr motivasi abg hisyam nie..ade yg sengguk2 geleng2 termasuk lah cik AD sndri..bole tahan lame motivasi tdi smpai t'tidur cik AD..hihi..jgn mrah ye..hee..
 ok kite smbg LDK ketige yg dinmekn 'kapal karam'. stiap group akn diberi krtas mhjong dan sume 10 ahli group kne ade dlm krtas tuh tak bole trkluar seinci. pon..haa uolls dpt bygkn tak ?? Haha mcm2 style depe buat cik AD tgok mcm mnare condong pon ade..haha..kreatif sgguh depe… selesai main kapal karam kami rehat skjap utk lunch.. dan solat zohor..wahhh mkanan kt asrama depe mmg terbaikk lahh.. sumenye segar, sedap, dan berkhasiat.. LDK sterusnye ialah 'spiderweb'. Ehh ape tuh cik AD ?? cm sronok jehh, ade spider ke ? Ok cmnie p'mainannye. Depe akn dibgi 5 utas tali,cwn polistrin, bola ping pong 2belon berisi air dan telur..depe kne bwk turun brg2 tdi ke bwh meja dgn gunakan tali tdi..haa klau uolls cmne nk buat tuh ? mcm2 aksi yg ditnjolkn dlm slot nie..telur pcah bola bergolek2 hahaha.. slot hrini smpai ptg sje sbb depe mlm ade jamuan tahunan..bestkn depe sgt beruntung dan dilayan baik alhamdulillah .

Kesempatan nie kami pon pi jln2 kt pntai klebang..alaa pntai yg populor tuh yg terknal dgn coconut shakenye..wahh sronoknye cik AD. Haa uolls mai lah sini kompem tak rugi..tgok kbesaran Allah yg sgt indah. pstt pstt nahh cik AD blnje stu gmbar cpt cri mne cik AD ?? cik AD bgi,
adlanmdsahray:Users:macintosh:Desktop:851419331_18088176593468684016.jpg
Pnat b'jln kami pon blik ke rumah kak chik sbb fmily kak chik buat sdikit jamuan dan Bbq lpas mghrib..baik sgguh fmily kak chik kan.. wahhh…. mcm2 ade ayam, ikan, dan nsi lmak pon ade… uishh rezeki uolls. cik AD mkn smpai boncit perot tau..hehe..sedap sgt !

Pilu rasa di hati..

Keesokkannye, hri last kami dgn depe..sedih plak rase,, hmm… kami packing sume brg sbb nk check out terus.. Utk slot akhir depe ade 2 slot lgi p'tame 'selamatkan telur itu' pasai ape nk slmatkn ? Hbis klau tak slmatkn pecah lah..hihi. Ok utk game nie, fasi akan bgi 2 bji telur dan 2 krtas stiap group. Jdi depe kne slmatkn telur tuh dri pecah. Pham uolls ? Tk kesah depe nk buat cmne pon ikot kerativiti depe nk bungkus nk slimutkn ke..ehh cop ade ke slimutkn ? Haha..asalkn tk pecah..dah tuh wkil group akn berdiri atas meja dan lpaskn telur tuh..tpi yg sbnarnye atas lntai tuh ade batu2 so uolls agak2 ape akn jdi kt telurnye ?? Hm mmg akn pecah lah kan..huhu.

slot terakhir adalah 'negara impian' dan 'sye rase, sye akan dan sye jnji'. Cik AD cite negara impian dulu ye..depe kne lukis ngara mne yg depe inginkan atas krtas mhjong..kirenye depa nie PM ngara tuh lah jdi ape yg depe nk dan depe kne bntgkn pda group lain..bole tahan depe pikir..siap nk ade…. bgus ok sterusnye sye rase, sye akan dan sye jnji plak..gini caranye cik AD bgi cth ok..sye rse sronok ikuti program nie, sye akan dgr ckp abg dan kakak fasi dan sye jnji akan taat perintah Allah. Pham dok uolls ?? Alaa cm krgan penulisan tuh yg kne smbg ayat.. ooo pham pham..hihi.. yg nie pon depe kne ckp kt dpan smbil diiringi lgu sedih..hmm terharu cik AD dgr luahan depe(kesat mate). Haa saat yg ditggukan sudah tiba..mjlis pnutup program nie akn dirsmikan oleh dr Fadhilah tpi disbbkn hal yg tkdpt dielakkn dr Fadhilah tkdpt hadir..yelah kite mrncg Allah juge mrncg kan.. Jdinye dipendekkn cite, kami terus ke plan B. Kami dpt perasmi bru iaitu Mr William.. Ehh ehh rupenye Mr William pon bekas student UM cm cik AD dulu. Wahh kecik nye dunia kan.. selesai sume kami pon bersesi fotografi b'sme para pntdbir dan adik2..yahuuu cpt cpt selfie 1 2 3 senyum sume ! Tgahri gitu kami pon bersiap nk blik yelah klau lmbt nnti jamm..lgipon time tuh ade final mahara raja lawak mega kt johor. Sayu nk berpisah dgn depe..depe pon bgaikn tak mau berpisah dgn kami..mgkin sudah terbit ukhuwah antre kami..apakan daya stiap pertemuan psti ade perpisahan kami pon blik smbil mlambai  pda depe.. 3  gerak srentak pulang ke KL tpi cik AD tak sbb kne hntar kak chik ke rumahnye..dlm perjlnan tuh kami snggah ke Muzium Hang Tuah. Wahhh bersejrah sgguh muzium tuh..cik AD pulang ke KL slpas hntar kak chik ke rumahnye..Alhamdulillah sumenye selamat smpai pda ptg  ,,,,  tuh..arghhhh pnat btol cik AD slma 3 hri di sana..tpi ape yg cik AD nk smpaikn pda uolls adalah pngalaman cik AD disana sgt bernilai ! Depe sume di RBL sgt special bgi cik AD even depe ade latar blakg yg berbeza dgn mreke yg lain diluar sne tpi depe sgt tabah mgharungi dugaan Allah nie..cik AD love you adik… hilang pnat cik AD dek kgmbiraan yg dirse b'sme depe..haa lgi stu hbungan saame coursemate cik AD pon bertambah akrab .. wahh ade hikmah Allah tkdirkn kami sume berprogram di sne kan..nmpk tak stiap yg berlaku ade hikmahnye tersndri..apepon syukur kehdrat ilahi diberi kekuatan dan trima ksih pde mk ayah yg mnyokong 🏻kami pensyarah2 yg support kami lgi2 dr Fadhilah serta rakan cik AD sume.. Ingt perjlnan yg jauh tuh xpnting..yg pnting input yg kite dpt dri tuh ok .. smpai ketemu lgi kite dlm slot yg lain... cik AD akhiri dgn srgkp pntun .

Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Norazilah bt Ahmad Subari
IEM150012
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jam 3 ptg..baru bertolak pulang ke um selepas penggambaran video Hubungan Etnik. Coursemate dah telefon bertanyakan keberadaan untuk kami berangkat ke Melaka bagi Program Jalinan Masyarakat pula. Rakan-rakan yang lain sudah berada di Melaka satu hari lebih awal. Dek kerana tugas yang perlu dilangsaikan dengan segera, kami satu kereta terpaksa bertolak lewat.
4jam perjalanan mendepani kesesakan lalu lintas, akhirnya kami sampai ke destinasi walaupun sesat.

Perasaan takut, marah, bercampur excited saat melangkah dewan besar untuk berprogram dengan adik-adik. Rakan-rakan yang lain sudahpun mengenali mereka, kami?..tak tau nak buat ap waktu tu. Ikut ajelah ap yang diorang buat. Sempat join mereka satu slot sahaja kerana sudah lewat malam.


Alhamdulillah hari kedua dan ketiga berjalan seperti yang dirancang walaupun ada sedikit masalah,itu perkara biasa. Dapat mengenali mereka merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Dapat membuka mata supaya memikirkan ada yang lebih perit hidupnya daripada kita. Betapa kuatnya adik-adik mengharungi ujian mendatang. Masuk hari terakhir program, terasa berat kaki untuk melangkah pulang meninggalkan adik-adik semua. Tapi, apakan daya “setiap pertemuan pasti ada perpisahan”. 
Semoga kita bertemu lagi dalam rahmat Allah adik-adik RBL.. Kami sayang kamu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aida Nabilah binti Mohd Lutfi
IEM150001
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


 ' Sometimes memories are meant to be longed. And sometimes, memories are meant to be forgotten. It's our choices if we want to learn from the past OR run away from it '.

Tak kiralah apa yang kita buat, apa yang kita join, kita sentiasa akan belajar. Pandai atau mahir macam mana pun diri kita, kita pasti akan dapat belajar sesuatu yang baru dari sesuatu perkara tu.

Thanks a lot to all my friend because seriously this event give me a lot of experienced, a lot of new knowledge, and a new best moment for me to add in my life. No words to describe it. Satu prkara y saya pasti bile jlnkn prog ni adlh bile kite bekerja ngn kengkawn teramatlh berbeza bile kite involve dgn prog2 dgn org y kite x bberape nk knal lagi. Cara kite nk buat gerak kerja, nk communicate, dll x same.  After that, waktu prog brlansung lak saya rase sronk sgt. Siusly enjoy. Adik2 pserta sporting dn baik2.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Farah Hanisah binti Md Burhan
IEM150004
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah.
Pertamanya, saya berasa amat bertuah kerana masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat hidup bahagia walaupun pelbagai ujian yang saya hadapi, rupanya ada yang berdepan dengan ujian yang lebih besar lagi.

Mengapa saya katakan begitu?

Mungkin kita berasa kurang dari segi kewangan, pendidikan, masa dan sebagainya, akan tetapi, adik-adik di RBL (Rumah Budak Laki-laki) yang kami kungjungi ini kurang kasih sayangt keluarga.

Tiada apa yang lebih berharga di dunia ini melainkan perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa dan keluarga kepada seorang anak.

Pengalamn berborak dan mendengar luahan memang menyentuh hati saya apatah lagi bila mengenangkan usia mereka yang terlalu mentah untuk mengetahui dan terlibat dalam masalah keluarga yang terjadi dalam hidup mereka.

Akhir kalam, ingin saya petik satu rangkap ayat dari surah Ar-Rahman : " maka dari nikmat Tuhanmu yang manakah ingin kamu dustakan?"

Bersyukur. Maha Kuasa Allah lah yang mampu menghilangkan rasa sedih dan kekurang kita.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ainan Salsabeela Nasir
IEM150002
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kepada umi dan abah
ibu dan ayah
mama dan baba
Terima kasih kerana sentiasa mendokong

Kepada Dr Fadillah Mansor
Semoga tunjuk ajar dan pengorbananmu
dibalas الله

Kepada sahabat-sahabat akrab seperjuangan
tidak akan aku lupakan segala jasa

Kepada adik-adik RBL tercinta
Terima kasih kerana menceriakan jiwa

Kepada awak yang saya cintai
Semoga kita benar-benar ……………..
eeeh….jangan lupa skrip (x0x0)

Terima kasih lillahi ta'ala
Pada semua yang menderma untuk kali ini.
terharu dengan keikhlasan=ketulusan=kebaikan kalian.
aku pasti ramai je lagi yang dah derma tapi saja diam2. hihihi. xpe.
 الله kira semuanya!! :)

Kepada semua rakan-rakan dan pembaca yang mengikuti blog kami
Terima kasih atas segala doa dan semangat.
Kami merancang. Rancang dengan teliti. Rancang dengan pasti. Kalau bukan Allah tuliskan takdir kita kesini. Tidak kan sampai jua. Perjalanan bermula. Atas sebab tuntutan jam kredit. Walhal….
‘Here is the first teaser for the first episode of bonding’ …laalaaaaaalala

*walaupun perkataan first teaser sangatlah x sesuai hoho


Let me be honest….
Masa awal2 sampai aku risau juga. Macam2 expectation.

‘RUMAH PERLINDUNGAN BUDAK LAKI-LAKI’…KOT!!! phewwww….

**dalam otak

Budak2 bermasalah
Budak2 jahat
Budak2 di bawah pemerhatian polis
Budak2 yang dapat perintah mahkamah

Perlu kuat semanga t. cekal hati . jiwa gagah .
Kalau salah cara kena game kami dengan diorg nih.

Bermula sesi kenalan.
Nama akak Ainan Salsabeela, boleh panggil kak Inansals

Susahlah kak. Panggil KAK AIN lah.
Senyum J
(dalam hati banyok nyo namo panggile aku)

Lain tempat beza panggilan.

Menarik respon yang diberikan.

………………………………………Waktu berdetik………………………………………

Sikit2 tanggapan keji dibuang.
Sangat meleset + tidak adil kalau terus dihukumi dengan andaian sebegitu.

Keberadaan mereka disini bukan atas diri sendiri. Tetapi disebabkan ibu bapa yang tidak ada ihsan dihati yang zero tanggungjawab.

"Maka mengapakah pada era globalisasi masa kini, perlu ada kesinambungan yang terseleweng dek kerakusan nafsu manusia yang fana?!"

Wahh gituuu. padahal sharing pasal pengalaman and life je..gahaahah

**mengeluh

takde perfect parents.
but perfect parents try.

Betapa itulah hakikat paling benar~

Anak2 remaja hidupnya nak impress mak abah. dia buat sesuatu, kita puji dan tepuk tangan-- dia akan buat lagi. kat situ dia belajar "oh aku kena buat ni". Remaja ni peduli pulak orang rasa apa. hahaa.
------------------------
dia nak-- dia buat.
dia tak nak-- lantak.
haahahahadoi.

Tidak ada kejahatan dalam anak2. Cuma keindahan dan kenakalan yang tidak berniat apa2 selain nakal bersahaja.


………………………………………………………………………………………………

Allahu akbar. di manalah lagi dapat kita rasakan manusia keliling penuh kasih-sayang selain di tempat penuhnya jiwa-jiwa yang ketandusan kasih sayang serta cinta.

Datang ke mari buat aku malu. Buat aku tanya………
.
apakah masih kurang cukup kasih sayang yang aku dapat? Kita patut bersyukur.
.
Klise. Tapi betul.

Kita memang patut bersyukur .Syukuri segalanya. Hargai setiapnya. Buktikan dengan berbahagia dengan apa sahaja. Semoga kita semua tergolong dalam mereka2 yang hidup dalam kecukupan.
Wa maiyatawakkal ‘alallaah fahua hasbuhu. Kita dibesarkan dgn tough love bukan dera bukan aniaya.

Kompleks bagaimanapun minda manusia yang mampu menyimpan input tak terjangkau--- tetap ada yang takkan memahami bagaimana seorang anak dari awal kelahiran tidak mengenali ibu dan bapa. Tapi punya semangat untuk mencari orang yang selayak mereka berBINkan dan juga dari rahim wanita mana mengandungkannya.
.
Insane!
.
Aku hairan jiwa seperti ini.

Sebab untuk orang2 seperti kita – siapa sahaja – dari mana – rupa bagaimana – dan jenis apa sekali pun
takkan jadi isu dunia.

It is all a matter of perspective
.
Mujur ada manusia yang masih berhati nurani. Wujudkan tempat2 seperti ini. Untuk menjadi teduhan mereka. Untuk menjadi tempat persinggahan sementara mereka. Untuk mengutip sedikit cebisan kasih yang dihulurkan. Sedikit sayang terpatri. Layak nya hero dunia bagi anak2 remaja kayak ini.

Kalau semua orang mampu memiliki anak2 sendiri – siapa yang sudi untuk anak2 yang tak beribu-berbapa
.
atau
.
Tak dimahu ibu dan bapa, atau

tak mampu dijaga ibu dan bapa?

Dari benih sendiri atau tidak ==’
Tetap anak.

Hanya orang miskin tau harga 50 sen.
Syukurnya. Redhanya.
. . . .
nothing is THAT big for them. umpatan orang, penipuan orang, penganiayaan orang, cinta mati orang, harta dan wang orang. semuanya takkan mampu dibawa mati. segalanya akan ditinggal di atas bumi.

siapa pun salah, pedulilah. benci mana pun, pejamkan mata sahajalah. kita semua belum tentu hidup lama.

Allah will keep them well J


………………………………………………………………………………………………

Merafakkan syukur atas kesudian Allah mengizinkan kita ke mari. Orang kata nak kenal member kena hangkot bawak pi travel sama2 …wawawawaaawah >.<

“making memories for the future remembrance”
.

Tiba-tiba teringat lagu ~ hang pi mana pi mana pi mana
.

Aku rindu merasa indahnya “kita semua x sama, berbeza seribu cara, tapi kita bersatu dalam program JALINAN MASYARAKAT.
.

It was such a heartwarming experience.
tak sangka dengan sambutan semua orang maasyaAllah. Loving every minute of it!


looking forward untuk the next time kita berhuahuahua lagi


yang penting, teruskan berkasih-sayang. hidup ini sudah cukup sunyi-- buat apa ditambah lagi.
Untuk adik2 RBL

IF they permit us in their thoughts.
.
later.
when they are older.
.
tapi kalau depa tak ingat pun takpa. the memories are in mine-- and no one can deny them. haahahah.

Wahai الله, peliharakanlah adik-adik kami dari dunia yang keras, yang akan menelan mereka tanpa belas. آمين يا رب العالمين
Semoga kita semua berkasih-sayang kerana ALLAH.

-----------------------------

Syukran, الله, for every words you inspire me to write. Segalanya milikMU.

Betul lah Afeng cakap : menulis perlu kekuatan.
Bagi aku : semua orang mampu menulis .menulis x perlu tunggu ada bakat
dengan menulislah wujud nya bakat

Sekalipun,,,,,,,,,,,,
beribu skills diasah
tapi kalau……………
naluri mati
.
.
.
apa ada =.=

kosongkosong
………………………………………………………………………………………………………

Last2--

Nak gerak balik UM .bagi lah kata2 terakhir kat diorg. secara tiba-tiba sorg adik A cakap …. :

“adik A : akak2 -- 2 3 4 5 6 7 8 9 10, nombor mana takde”.
“akak : nombor 1”
“adik A : sebab akak nombor 1 dihati saya”

“adik A : ciaa ciaaaa ciaaaaaaaaaaaa ciaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

**akak tergamam

Nak masuk keta datang adik S pulak .
“adik S : akak2
“akak : yeee
“adik S : ni wane apa (sambil tunjuk kat tudung aku)
“akak : biru, kenapa? (dlm hati adik ni buta warna ke)
“adik S : merah lagi cinta saya kat akak .........

Erk!
kaitan ke dik whhahaha

aku sendiri x pasti .mungkin cegini cara mereka luahkan rasa kasih sayang. beranggapan ajelah ye~

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang begitu terik dalam ingatan sepanjang disana akan menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan.


--- bilalah nak diizinkan kami kembali….?


kerana.hati.ini.sarat.dengan


R.I.N.D.U



-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Muhammad Syahfeq Bin Abdullah
IEM150009
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Deep From My Heart
Kursus jalinan masyarakat membawa saaya terlibat dengan program “charity work” yang mana pada saya ia merupakan program “charity” yang lain daripada apa yang pernah saya lalui pada sebelum ini. Hal ini kerana saya ditempatkan di Rumah Budak-Budak Lelaki yang terletak di Melaka.
Tempat ini “RBL”  menempatkan kanak-kanak yang di bawah kes mahkamah. Walaupun saya tidak mengetahui dengan jelas latar belakang kanak-kanak ini, saya dapat merasai sesuatu pengalaman yang berharga dalam hidup.
Hari pertama- hari ketiga ,29.4.2015-1.5.2015
Sebelum menjejakkan kaki di tempat ini, perasaan berdebar kerana tidak pernah mempunyai pengalaman dengan kanak-kanak sebegini. Pada mulanya pelbagai perasaan negative yang timbul terhadap tempat ini. Namun, pada pertama kali menjejakkan kaki ke RBL, kami (saya dan rakan-rakan) disambut dengan baik sekali oleh staf dan kanak-kanak. Walaupun pertama kali kedatangan kami ke sini, namun layanan mesrayang diberikan bagi menyambut kedatangan kami seolah-olah mereka telah lama mengenali kami. Hal ini kerana, mereka telah dididik untuk berkelakuan sopan . Kami disalami dengan kedua-dua tangan dan mereka menunduk serta mencium tangan kami sambil memperkenalkan diri masing-masing. Kelakuan yang ditunjukkan membuatkan saya berasa sejuk hati. Dengan kelakuan sopan yang ditunjukkan oleh mereka, membuatkan tanggapan negative terhadap mereka iaitu kanak-kanak nakal pada sebelum ini berkurang. Berdasarkan layanan mesra dan sikap baik yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini saya telah mulai suka dan perasaan kasih sayang terhadap mereka telah mulai tumbuh.
Antara aktiviti yang pernah kami lakukan bersama ialah aktiviti yang menguji minda, aktiviti melukis , “modelling” dan “teamwork”.Sepanjang meluangkan masa bersama mereka, mereka memberikan kerjasama yang baik dan mereka kelihatan gembira.Sepanjang bersama, saya merasakan kanak-kanak ini merupakan kanak-kanak yang tabah dan “happy go lucky”. Mereka tidak kelihatan sedih.Saya merasakan rendah diri apabila dibandingkan diri dengan mereka kerana mereka mampu menjalani ujian di usia yang muda.
Pada hari terakhir, saya merasa berat hati untuk meninggalkan kanak-kanak ini kerana berasa akrab dengan mereka.Apa yang menambahkan kepiluan adalah apabila kami melakukan sesi luahan  dengan menulis “saya pasti” “saya akan” dan “saya janji”. Pada saat ini semuanya merasa terharu dengan luahan dari hati kanak-kanak “RBL”. Luahannya yang ikhlas dan menyentuh hati saya membuatkan  saya terkedu di situ dan terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkannya.
Namun, hati saya terasa sayu apabila seorang kanak-kanak lelaki, Aiman (bukan nama sebenar), 11 tahun menangis kerana sedih dan tidak sanggup untuk berpisah dengan salah sorang kakak fasi apabila kami mahu pulang. Disebabkan dia berkelakuan sedemikian, ia memaksa kakak kesayangannya memujuknya agar tidak bersedih .Hati saya tersentuh melihat kasih-sayang yang ditunjukkan oleh kanak –kanak 11 tahun ini. Walaupun saya tidak memahami perkara ini degan jelas, saya merasa sedih kerana memikirkan bahawa mungkin kanak –kanak lelaki ini kekurangan kasih-sayang. Ditambah pula dia tiggal berasingan dengan ibu bapanya di sini.Oleh itu, air mata saya tidak dapat ditahan dan saya menangis di situ. Pada saat ini saya terfikir bahawa betapa beruntungnya saya yang masih mempunyai ibu bapa dan tinggal bersama mereka dan masih ramai lagi orang yang tidak bernasib baik.. 
Sebagai kesimpulan , bagi saya program jalinan masyrakat yang saya jalani ini memberi peluang pada saya menemui kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini. Jika saya tidak terlibat dengan program seperti ini saya tidak akan mendapat suatu perasaan yang baru dan berharga. Berdasarkan kerja-kerja amal yang dilakukan dan aktiviti yang membuatkan kanak-kanak tersebut gembira , membuatkan saya berpuas hati atas sumbangan tenaga diberikan kerana sekurang-kurangya saya dapat menyumbang sesuatu pada golongan yang tidak bernasib baik yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nurul Syahida binti Ismail
IEM150017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum..

Pertama sekali, terima kasih  diatas kesempatan untuk saya menceritakan pengalaman sepanjang persiapan dan perjalanan Program Jalinan Masyarakat yang diadakan di Rumah BUdak Laki-laki,, Durian Daun, Melaka.



Sejujurnya, pada permulaan,  saya berasa agak gementar kerana tempat yang sudah di finalisedkan tersebut adalah Rumah Budak Laki-laki Durian Daun, Melaka , dimana semua peserta adalah lelaki. Saya juga difahamkan bahawa kebanyakannya mereka berumur lingkungan pelajar sekolah menengah, dan mereka juga antara yang bermasalah. Saya berasa amat insecure ketika itu.


Pada permulaannya , saya berasa agak gementar kerana pada tanggapan saya, mereka tidak mendengar kata dan tidak memberi kerjasama untuk menjayakan program.  Akan tetapi, sangkaan saya meleset setelah pertama kali menjejakkan kaki ke sana dan cuba bergaul serta memahami mereka. Mereka sangat sporting, memberikan kerjasama yang sangat baik,  kreatif, dan sangat mendengar arahan. Berlainan dengan tanggapan pertama saya sebelum berjumpa mereka.
Kesempatan yang diberikan untuk menjadi salah seorang fasilitator mereka digunakan sebaiknya untuk mengenali mereka dengan lebih rapat , dan mendalami apa yang mereka telah lalui.

Sejujurnya, banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang berada disana. Mereka sangat ceria. Penderitaan dan masalah yang dihadapi disembunyikan dengan rapi disebalik senyuman. Terima kasih semua, sebab korang dah mengajar saya erti menghargai apa yang kita ada.

Alhamdulillah, sepanjang program ini berlangsung , saya juga dapat belajar banyak ilmu. Antaranya, cara mengendalikan unit protokol dan sebagainya. Semangat kerjasama dan bertolak ansur sangat penting dalam sesebuah organisasi.  Kerjasama antara ahli unit sangat menakjubkan!
Banyak perkara baru yang yang dapat dipelajari. Terima kasih, ilmu dan pengalaman yang sangat mahal!

Bonding atara fasi nampaknya makin kuat . alhamdulillah …
Harap kita dapat kekalkan bonding ini sampai bila-bila sahabat.

Terima kasih dan tahniah


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Muhammad Saiful Bahri bin Ariff Shah
IEM150027
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah. Saya juga ada kisah yang saya peroleh dan sesuai dikongsi bersama. Kisahnya, tentang seorang adik di dalam kumpulan saya yang berusia 13 tahun. Dia ni hanya menetap di sekolah ini buat seketika sementara menunggu panggilan dari pihak mahkamah bagi lanjutan kes yang dia terlibat. Kes yang dia terlibat adalah kes curi motor. Dimana ketika operasi penangkapan, dia sedang duduk di atas motor hasil curian rakannya. Secara tidak sengaja dia juga terbabit.

Seterusnya, dia berkata kepada saya selepas ni dia akan masuk ke lokap. Saya bertanya 'kenapa pula kau x bersalah en'. Dia menjelaskan sebenarnya dalam perbicaraan sebelum ni dia mengaku atas kesalahan rakannya itu atas alasan 'dalam dunia ni semua orang pandang saya buruk, semua orang nak salahkan saya'. Saya terpaku mendengar statement yang jarang saya dengar secara live, selalu dengar dalam drama tv je. Walaupun saya hanya mampu memberi dorongan yang mana setiap hati manusia di dunia ni ada cahaya, guna lah cahaya tu ke arah yang membawa kebaikan. Belajar dari kesilapan sebab semua manusia x lepas dari kesilapan. Ujian Allah beri sebagai pengukur tahap keimanan. Biar kita cantik di pandangan Allah dulu dan cantik di pandangan manusia tu akan menyusul pasti. Dan yang paling penting jelaskan yamg sebenar dalam perbicaraan seterusnya, sebab panjang lagi perjalanan hidup ni kau akan teroka. Pergh dah macam ustaz ayat ni. Tapi nak buat macam mana itu je yang termampu sebab saya tak pandai berkata-kata manis. Sekian perkongsian saya setakat ni, banyak lagi sebenarnya tapi sekarang tengah busy so rsenye takat ni je yang larat..wassalam 





-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wan Muhammad Affiq bin Wan Musdi
IEM150022
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Melalui penglibatan diri saya dalam program ini, saya telah mempelajari pelbagai pengalaman sepanjang menjayakan program ini. Antaranya ialah saya dapat mengetahui cara-cara untuk membuat dan mengendalikan program-program seumpama ini. Selain itu, saya dapat mengenali dan mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan sekumpulan saya dalam menyelesaikan kerja-kerja sebelum, semasa dan selepas program. Apa yang paling penting bagi saya semasa menjalankan program, saya dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik bersama kawan-kawan saya dan  dapat beramah mesra dengan mereka, disamping bersama ahli kumpulan serta kakitangan Rumah kebajikan tersebut. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari dan mengetahui cara menguruskan organisasi. Aktiviti seperti ini sangat memerlukan kerjasama yang baik dari setiap unit dalam organisasi. Tanpa kerjasama dan persepakatan yang baik, program ini tidak akan berjalan dengan lancar. Seterusnya, sebagai mahasiswa, kita mestilah mempunyai rasa ingin membantu dan berkhidmat kepada masyarakat. Program seperti ini sangat membantu kita memberi khidmat kepada masyarakat.

Akhir kata, saya berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi dimasa akan datang, dan sebagai mahasiswa yang mempunyai kesedaran yang tinggi, saya berharap agar masih boleh mengikuti program-program seperti ini lagi. Wassalam 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fatin Nur Amalina binti Ishak
IEM150029
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ni 29 Mei 2016.
Genap sebulan sudah proram Jalinan Masyarakat melabuhkan tirainya.
Macam-mcam yang saya rasa. Paling saya ingat bila kami dibwa melawat sekitar kawasan Rumah Budak Laki-laki, RBL oleh adik-adik penghuni RBL ni. Hebat mereka ni. Ada kebun, bukan satu tapi 3 kebun. Sistem di RBL ni macam sistem di sekolah berasrama. dari pagi sampaila ke malam, mereka ada jadual yang perlu dipatuhi. Saya antara mereka yang diamanahkan untuk jadi fasilitator kumpulan. Tapi disebabkan saya tak menghadiri mesyuarat terakhir sebelum JM, maka saya tak dimaklumkan atau tahu pasal perkara ni. Maka, pada hari kedua program barula saya memulakan tugas sebagai fasi. Saya tak banyak cakap, tapi saya banyak mamerhati. Penghuni di RBL jenis yang ceria dan bersemangat, terutama bila lagu tema, "Gemuruh Jiwa" oleh Faizal Tahir dimainkan. Bersemangat mereka mengikut rentak tarian yang ditunjukkan oleh fasi-fasi di depan. Dan mcam biasa saya memerhati. Seronok tengok mereka menyanyi bersama-sama.
Hari pertama, kedua dan ketiga, merupakan hari-hari yang saya perlu lebih bersosial dan mendekati adik-adik penghuni RBL.Dan dari situ, saya sempat merefleksi kehidupan saya jika dibandingkan dengan kehidupan mereka. Saya belajar mensyukuri nikmat keluarga yang dipinjamkan Tuhan.Setiap malam, post mortem diadakan bagi menyemak sebarang kekurangan sepanjang hari tersebut. Di situ saya belajar, perlunya komitmen yang tinggi dan kerjasama dari semua ahli bagi meeastikan kelancaran aktiviti.
Akhir kalam, program Jalinan Masyrakat ini banyak membantu saya untuk mendekati masayarkat secara dekat dan memahami gerak kerja sesuatu program dilakukan. Apa yang penting? Kerjasama, komitmen dan keikhlasan. Moga Tuhan menerima segala usaha kami sebagai satu ibadah.

Ps: Saya post komen disini, sebab L'oreal adalah antara syarikat yang bagi respon positif bila saya menghantar email memohon sumbangan dan tajaan. Tapi, inilah satu-satunya syarikat yang sudi memberi tajaan dalam bentuk produk. Setidaknya, usaha saya berhasil. Terima Kasih untuk Puan Susan Koh, wakil dari L'Oreal yang sudi menerima dan meluluskan permohonan dari kami. 


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Zuhaira binti Ahmad Fuad
IEM150023
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Pertama sekali saya merafaqkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi diatas rahmat dan i'nayahnya dapat kami laksanakan program ini dengan jayanya.Seterusnya saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penasihat kami iaitu Dr Fadhilah bt Mansor,tidak dilupakan juga kepada Ketua Jabatan kami,Dr Suhaili b Sharif yang turut banyak memberi dorongan,bimbingan dan teguran dalam kami menjayakan program ini.Tidak dilupakan juga kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang selalu memberi sokongan dan dorongan sepanjang program ini berlangsung.

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini memberi pengalaman,perasaan dan nafas baru yang amat berharga kepada saya.Satu perasaan yang sukar digambarkan melalui bait-bait tulisan mahupun luahan kata-kata kerana terlalu banyak ibrah dan pengalaman yang saya dapat melalui program ini,selain dapat menambah jati diri,menimba ilmu dan pengalaman serta menyelami perasaan mereka.Adakah saya sendiri mampu hidup seteguh itu sekiranya berada diposisi yang sama seperti mereka tambahan menghadapi tohmahan dan pandangan masyarakat sekeliling yang hanya tahu menghukum tanpa menyelidiki perkara sebenar..Allahu......

Terima kasih kepada rakan seperjuangan kerana telah melakukan yang terbaik dalam program ini,ada yang sanggup bersengkang mata dari malam hingga ke pagi demi menjayakan program ini.Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.Tidak dinafikan,selepas program ini tamat,timbul perasaaan rindu dan sayang kepada peserta,namun mereka juga akan membesar seperti kami dan melalui pelbagai corak dan warna warni ranjau kehidupan kelak.Jadi,harapan saya semoga para peserta menjadi orang yang mencintai agama seterusnya meneruskan  generasi-generasi yang Rasulullah nantikan.

Semoga program ini dapat memberi suntikan semangat kepada adik-adik RBL untuk menghadapi usia remaja yang penuh cabaran.Saya juga berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

SIRRU A'LA BARAKATILLAH....